Pengenalan Pakej JBT Hokkaido Summer Trip (JHST2017)
Hokkaido terkenal dengan permandangan semulajadi yang memukau semua pelancong dari serata dunia. Disni juga terkenal dengan makanan laut yang segar seperti ketam, udang, sotong dan juga pelbagai jenis ikan laut dalam.
Musim sejuknya yang ekstrim dan kepadatan salji yang turun akan menyebabkan hampir seluruh permukaan muka buminya diliputi salji tebal yang memutih. Musim ini amat terkenal di kalangan pelancong-pelancong dari negara tropika seperti Asia Tenggara yang datang untuk mennyaksikan dan mengalami sendiri salji yang berterbaran di merata-rata tempat.
Musim bunga dan musim panasnya terkenal dengan keindahan taman-taman bunga serta pelbagai jenih buah-buahan yang memang amat sedap dan menyegarkan selain susu segar yang banyak terdapat disini.
Musim luruh di Hokkaido juga menjadi tarikan apabila daun-daun mula bertukar menjadi kuning dan merah sekaligus menjadikan permandangan bukit bukau di Hokkaido sangat cantik umpama lukisan.
Oleh yang demikian, Japan Budget Trip (JBT) ingin menawarkan satu pakej yang mampu milik yang sukar untuk dilepaskan.
Maklumat trip :
Tarikh : 27 - 31 Aug 2017
· Harga : RM3,390 seorang
· Diskaun RM800 utk kanak2 berumur 6 tahun dan kebawah dan berkongsi katil.
· Bilik tidur dengan bilik air (Guesthouse/Hotel)
· Deposit RM200 seorang.
Tawaran Early Bird
· Diskaun sebanyak RM200 seorang bagi 5 peserta terawal dan pendaftaran sebelum 31 Mac 2017
· Minima pendaftaran adalah 2 orang
· Jika pendaftaran dibuat sebelum 31 Mac 2017, tetapi menjadi peserta ke enam dan seterusnya, pendaftaran secara automatik akan ditukar kepada pendaftaran biasa iaitu tanpa diskaun Tawaran Early Bird .
Harga Termasuk :
· Penginapan
· Pengangkutan (sewa kereta/MPV/van/train pass)
· Petrol, parkir dan tol
· Jurupandu
· Insuran perjalanan
Harga TIDAK Termasuk :
· Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
· Makan dan minum
· Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)
Cadangan Itinerari :
· Hari 1 : Berkumpul di New Chitose Airport pada sebelah pagi. Bertolak ke Bie (Shikisai No Oka & Blue Pond) dan Furano (Tomita Farm) sebelum check in hotel di Asahikawa
· Hari 2 : Check out hotel dan melawat Zoo Arashiyama sebelum bertolak ke Otaru (Otaru Canal & Music Box Museum) dan check in hotel di Sapporo.
· Hari 3 : Melawat Lake Toya dan Noboribetsu (Jigokudani & Date Jidaimura)
· Hari 4 : Sapporo (Susukino, Odori Park, Tokeidai) Free & Easy (1 Day subway pass akan disediakan)
· Hari 5 : Check out hotel dan bertolak ke New Chitose AIrport dengan Private Coach untuk penerbangan sebelah pagi.
Nota :
untuk urusan penempahan trip.
· Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.
· Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)
· Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online di link berikut https://goo.gl/pP1zEa
· Untuk sebarang maklumat lanjut, sila email ke japanbudgettrip@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan